Tuesday, August 16, 2011

~penerbitan buku di Malaysia mengagumkan~

PUTRAJAYA 16 Ogos - Jumlah penerbitan buku baru di negara ini telah mencecah 16,000 judul pada masa ini yang membolehkan Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 110 negara di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun negara masih berada di belakang negara jiran iaitu Vietnam dan Indonesia, namun jumlah tersebut telah menunjukkan kesungguhan penerbit tempatan untuk mencapai sasaran yang diunjurkan.

"Semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, saya telah menggesa semua penerbit tempatan sama ada dari agensi kerajaan atau swasta untuk sama-sama berusaha menerbitkan 26,000 judul buku terjemahan baru setahun.

"Jumlah yang saya unjurkan ini bukan omongan kosong semata-mata, tetapi ia bagi memenuhi nilai penerbitan buku sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, yang selaras dengan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unesco,” katanya pada majlis pengumuman pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di sini, hari ini. - Bernama


JOM ramai-ramai jadi penulis plak....hahaha

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ~the advanture of the Lone Ranger~ | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki